fbpx
Antara aset yang terlibat dalam operasi SAR di perairan Pulau Pangkor semalam.

Bot karam: Mayat kesembilan ditemui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LUMUT – Operasi mencari dan menyelamat (Carilamat) mangsa bot karam di perairan Pulau Pangkor di sini kelmarin berjaya menemukan satu lagi mayat lelaki pada pukul 5.31 petang tadi.

Pengarah Maritim Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri Khotob berkata, mayat tersebut ditemui KD Sri Indera Sakti di kedudukan 4.5 batu nautika barat daya Pulau Pangkor.

“Mayat berkenaan telah diserahkan kepada kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) FCB 1002 pada pukul 6.25 petang,” katanya di sini hari ini.

Op Carilamat dilancarkan susulan kejadian sebuah bot yang membawa 37 pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Indonesia tenggelam di perairan Pulau Pangkor di sini pada Isnin lalu.

Aduan mengenai insiden itu diterima kira-kira pukul 5.30 pagi selepas seorang nelayan tempatan menemui mangsa terapung di laut sebelum Op Carilamat diaktifkan pada pukul 6 pagi.

Seramai 23 mangsa terdiri daripada 16 lelaki dan tujuh wanita warga Indonesia berjaya diselamatkan pada hari kejadian.

Dengan penemuan petang tadi, sebanyak sembilan mayat telah ditemui pasukan keselamatan yang terdiri daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), TLDM Dan Pasukan Polis Marin (PPM). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN