fbpx
Gambar suspek yang dirakam menerusi CCTV.

Suspek kurung, liwat di Seksyen 32 pernah dipenjara 17 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Polis mengesahkan suspek yang dipercayai mengurung dan meliwat remaja lelaki berusia 14 tahun merupakan seorang bekas banduan.

Semakan mendapati suspek yang berusia dalam lingkungan 40-an itu mempunyai rekod  berkaitan jenayah rogol, merompak dan mengurung seorang wanita pada 2007.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, suspek juga telah disabitkan atas kesalahan-kesalahan jenayah tersebut dan dimasukkan ke penjara pada 2008.

“Semakan telah dibuat memang suspek ada rekod jenayah lampau sepertimana dinyatakan dan juga telah terima hukuman,” katanya ringkas hari ini.

Berdasarkan semakan Kosmo! mendapatk suspek pernah dihukum penjara 13 tahun dan dikenakan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Ampang pada 2008 selepas didapati bersalah merogol seorang wanita yang bekerja pegawai perhubungan pelanggan berusia 24 tahun.

Mahkamah sama turut menjatuhkan hukuman penjara empat tahun terhadap bekas ejen pelancongan tersebut atas kesalahan merompak serta enam bulan penjara bagi kesalahan mengurung mangsa.

Hukuman tersebut diperintahkan berjalan bermula dari tarikh tangkapan pada 19 Disember 2007.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan seorang remaja lelaki berusia 14 tahun menempuh detik hitam apabila dia bukan sahaja dikurung selama tiga jam, tetapi diliwat seorang lelaki dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Bukit Kemuning, Seksyen 32 di sini, kelmarin.

Semakan terhadap rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di kawasan berhampiran, ketika kejadian pada pukul 8.05 pagi itu, suspek dilihat mendekati mangsa sebelum berjalan bersama remaja tersebut.

Siasatan awal mendapati suspek memperdaya mangsa dengan menawarkan satu pakej internet telefon bimbit dengan syarat mangsa perlu membantunya mengangkat barang di dalam rumah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN