JAKARTA – Seorang pemilik warung di Indonesia mengundang perhatian orang ramai apabila mengejar pemandu lori yang melarikan diri tanpa membayar selepas makan dan minum, lapor portal berita Lambe Turah.
Rakaman video kejadian dimuat naik di platform Threads oleh akaun @jhonharbakti menunjukkan wanita itu mengejar lori bernombor pendaftaran B 9742 TYU yang dipandu laju.
Pemandu lori itu dilaporkan memesan hidangan mi goren bersama teh susu.
“Sudah makan mi goreng, minum teh susu dan merokok tetapi enggan bayar sampai dikejar pemilik warung,” demikian menurut keterangan video itu.
Rakaman itu menjadi tular dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Orang lain juga susah tetapi manusia seperti ini bertambah menyusahkan,” kata seorang netizen.
“Pemandu lori tiada otak,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI














