fbpx
Ramai taasub menurunkan berat badan, Ramona Zamzam meluahkan rasa kesal apabila segelintir pihak sanggup menggunakan produk atau suplemen kurus.

‘Saya sedih, ramai yang taasub kurus guna jalan pintas’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUCHONG – Bimbang dengan trend masyarakat yang taasub menurunkan berat badan, pelakon Ramona Zamzam meluahkan rasa kesal apabila segelintir pihak sanggup menggunakan produk atau suplemen kurus.

Menurut Ramona atau nama lengkapnya Ros Ramona Qadira Mohd. Zamzam, 36, tiada istilah jalan pintas untuk mendapatkan bentuk badan ideal tanpa usaha yang betul.

“Suplemen kurus ini sudah lama berlarutan, Malaysia ini negara kecil saja kalau ikutkan. Kalau tanya saya, sudah semestinya saya akan cakap benda itu tak sepatutnya ‘shortcut’ (jalan pintas).

“Memang tiada jalan lain, ambillah apa benda pada akhirnya mesti akan ada kesan. Satu-satunya cara yang tak ada kesan teruk hanyalah senaman.

“Sebenarnya boleh sahaja kalau badan nak kurus secara semula jadi. tapi saya sedih sebab orang kita terlalu taasub nak kurus cara jalan pintas,” katanya kepada Kosmo! Online semasa lawatan media ke set penggambaran drama Wish List, semalam.

Menyifatkan taktik pemasaran produk sedemikian sebagai sekadar mahu mengaut keuntungan mudah, pelakon drama Polis Peronda itu meminta pengguna untuk tidak terus terpedaya dengan janji manis pengeluar produk.

“Semua nak makan suplemen kurus, itu tak berkesan! Secara dasarnya, saya tahu macam mana benda ini berfungsi.

“Senang cerita orang nak ambil duit awak, awak pula suka hati beli sebab percaya. Selepas itu kurusnya tidak.

“Ada pihak yang sanggup keluarkan suplemen tanpa ada sebarang kelulusan dan benda itu memang tak betul,” jelasnya.

Tambahnya, isu tersebut merupakan satu tanggungjawab sosial untuknya bersuara demi memberi kesedaran kepada orang awam daripada terus ditipu.

“Saya rasa dah jadi tanggungjawab saya untuk mempengaruhi orang ramai dengan cara betul. Saya pun ada ramai pengikut

“Sakit hatilah nak biar benda itu dihadam semua orang padahal perkara itu tak betul. Saya tak boleh berdiam diri sebab bila orang beli saya rasa macam ‘Ya Allah bodohnya orang kita kenapa sampai ke tahap itu?’

“Kalau saya tak kisah fasal orang mungkin saya tak rasa begitu,” luahnya.

Sebelum ini, Ramona mengkritik penjualan ubat kurus yang semakin banyak di pasaran menerusi platform Threads. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN