SHAH ALAM – Suspek yang mengurung, mengikat dan meliwat seorang remaja di sebuah pangsapuri di Bukit Kemuning di sini dikatakan ‘berlakon’ suka kepada kanak-kanak dan pernah menegur budak yang sedang bermain dengan memanggil ‘hei budak kecil’. Seorang penduduk dikenali Aini, 28, memaklumkan pernah terserempak dengan lelaki dipercayai suspek terbabit sebelum ini. Menurut suri rumah itu, suspek baharu sekitar tiga minggu menyewa di unit kediaman di kawasan tersebut. “Dia pernah menegur anak lelaki saya berusia enam tahun ketika kanak-kanak itu bermain…














