HUSSEIN

Enam termasuk tiga pegawai TUDM dituduh esok kes seludup dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seramai enam individu termasuk tiga pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan didakwa di Mahkamah Majistret di sini esok berhubung kes penyeludupan dadah yang dipercayai menggunakan aset ketenteraan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, keputusan mendakwa keenam-enam suspek itu dibuat selepas kertas siasatan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara.

Menurut beliau, tiga lagi individu yang bakal didakwa merupakan orang awam, manakala tiga suspek lain ialah pegawai TUDM.

“Kesemua suspek berkenaan akan dituduh di Mahkamah Majistret Shah Alam pada 27 November 2026,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes itu terbongkar susulan operasi bersepadu JSJN, Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Cawangan Provost Marshal TUDM yang dijalankan dari 17 hingga 19 November lalu.

Operasi berkenaan menyaksikan seramai 13 individu ditahan, terdiri daripada tujuh pegawai dan anggota TUDM serta enam orang awam yang disyaki mempunyai kaitan dengan kegiatan penyeludupan dadah berkenaan.

Sementara itu, tujuh lagi suspek akan dikenakan tindakan mengikut Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985.

Hussein berkata, JSJN komited memerangi kegiatan dadah demi melindungi generasi masa kini dan akan datang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN