Gambar hiasan.

Isu pajakan tanah KLSCAH: Pegawai menteri beri keterangan lima jam kepada SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini merakam percakapan seorang pegawai kepada seorang menteri bagi membantu siasatan berhubung kontroversi lanjutan tempoh pajakan tanah Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH).

Rakaman percakapan itu dijalankan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya selama lima jam bermula pukul 10 pagi.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman berkata, pegawai berkenaan dipanggil bagi melengkapkan siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

“SPRM turut akan memulakan siasatan berhubung aspek tatakelola sekiranya terdapat keperluan berbuat demikian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, SPRM meminta semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi berhubung siasatan berkenaan dan memberi ruang kepada pihaknya menjalankan tugas.

Menurutnya, siasatan masih berada pada peringkat awal dan SPRM komited menjalankan siasatan secara bebas, adil serta berlandaskan undang-undang tanpa sebarang kompromi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN