Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek bergambar bersama pelajar pada majlis Gala Susu Sekolah Sedunia di Majika Penang Convention Centre (MPCC), Pulau Pinang.

Farm Fresh perkasa pemakanan sihat murid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Farm Fresh Berhad komited menggalakkan pemakanan sihat dan membina keyakinan diri murid menerusi Program Susu Sekolah (PSS), khususnya dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah (B40).

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, Azmi Zainal berkata, usaha itu bukan sahaja membantu menangani masalah kekurangan zat makanan, malah membentuk murid yang lebih holistik dan berdaya saing.

“Pencapaian akademik semata-mata tidak mencukupi tanpa keupayaan murid membawa diri, berkomunikasi dan mengaplikasikan kemahiran dalam kehidupan sebenar,” katanya pada Gala Hari Susu Sekolah Sedunia 2026 di Pulau Pinang, kelmarin.

Farm Fresh memperoleh kontrak pembekalan PSS bagi tempoh 2025 hingga 2030, melibatkan hampir 80 juta pek susu UHT tanpa perisa setahun kepada murid penerima Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di lima zon seluruh negara.

Dalam perkembangan lain, Farm Fresh turut bekerjasama dengan Tetra Pak Malaysia menerusi program ‘Kotak Jadi Taman’ di 10 negeri bagi menggalakkan kitar semula kotak susu terpakai dan kesedaran kelestarian alam sekitar.

Program itu turut merangkumi pertandingan menghias taman menggunakan bahan terpakai membabitkan 10 sekolah, dengan hadiah keseluruhan RM6,800.

Selain itu, Farm Fresh memperuntukkan RM500,000 bagi dermasiswa kepada 500 pelajar Tingkatan Enam daripada keluarga B40, manakala RM420,000 disediakan untuk kelas tuisyen matematik kepada 500 murid terpilih.

Syarikat itu turut menyediakan papan pintar percuma bernilai RM200,000 kepada 28 sekolah bagi menyokong pembelajaran prasekolah.

Azmi berkata, Farm Fresh akan terus memperkukuh usaha menyediakan produk tenusu berkhasiat dan mampu milik, selain membantu murid mengamalkan pemakanan seimbang serta membina keyakinan diri. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN