MUHAMMAD Faaris Ar-Radhi Mohamad Fadzil ketika hadir di Mahkamah Sesyen Seremban hari ini. Foto oleh NOR SHAFAWATI YUP

Guru amang seksual murid lelaki tingkatan tiga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Seorang guru tidak mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal dan menunjukkan video bersifat seksual dalam bilik guru terhadap murid lelaki tingkatan tiga pada Ogos lalu.

Tertuduh, Muhammad Faaris Ar-Radhi Mohamad Fadzil, 29, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Fuad Othman.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didapati melakukan amang seksual fizikal bagi maksud seksual ke atas mangsa lelaki berusia 14 tahun lapan bulan, yang mana tertuduh mempunyai hubungan amanah sebagai guru dengan kanak-kanak tersebut.

Sehubungan itu tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTKK) 2017 dan dibaca bersama.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh telah melalukan amang seksual bukan fizikal dengan menyebabkan mangsa sama memerhati gambar keseluruhan atau sebahagian dalam bentuk visual dan audio dengan menunjukkan video orang lain yang bersifat seksual melalui media sosial menggunakan telefon bimbitnya.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 15(e) AKSTKK 2017 dan dibaca bersama Seksyen 16(1) akta yang sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN