Tiga lelaki direman selama empat hari sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan.

Tiga lelaki direman kes tumbuk, siku warga emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Tiga lelaki direman selama empat hari sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan kejadian menumbuk dan menyiku seorang warga emas di Lorong Ikhwan, Jalan Pasir Panjang di sini.

Perintah reman tersebut dibenarkan Majistret Muhammad Amir Zainul Muttaqin Mohd. Zamri di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata kesemua suspek yang merupakan warga tempatan berusia antara 39 hingga 44 tahun itu telah ditahan petang semalam.

“Kejadian dipercayai berpunca daripada sebuah kereta Perodua Alza yang melanggar bahagian belakang kereta jenis Skoda dipandu isteri mangsa.

“Mangsa yang keluar untuk melihat kerosakan pada kenderaan berkenaan bagaimanapun diserang individu yang menaiki Perodua Alza terbabit,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan seorang lelaki berusia 62 tahun mengalami kecederaan pada bahagian muka, hidung dan mulut selepas dipercayai diserang tiga individu susulan kemalangan jalan raya kira-kira pukul 5 petang Isnin lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN