Tangkap layar video dikongsikan di Threads yang memaparkan seorang murid nyaris dilanggar kereta di lintasan pejalan kaki di Putrajaya.

Pemandu langgar lampu merah, nyaris rempuh murid sekolah dicari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA- Polis kini sedang mengesan seorang pemandu kereta yang didapati melanggar lampu isyarat merah di lintasan pejalan kaki, di Presint 11 di Putrajaya sehingga hampir melanggar seorang murid rendah sekolah.

Menerusi video tular di media sosial yang dikongsikan di Threads, insiden itu dikesan berlaku petang kelmarin berhampiran Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 11(2).

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed ketika dihubungi mengesahkan pihaknya sedang mengesan pemandu kereta berkenaan.

“Sedang dihubungi,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan seorang murid sekolah nyaris dilanggar sebuah kereta jenis Honda City ketika melintas jalan di lintasan pejalan kaki di Presint 11.

Sementara itu, Perbadanan Putrajaya memaklumkan, pihaknya menerusi Putrajaya Command Centre (PCC) telah mengesan kenderaan tersebut dan menyalurkan maklumat kepada pihak Ibu Pejabat Daerah (IPD) Putrajaya untuk tindakan lanjut.

Untuk maklumat, ini merupakan kejadian kali kedua pada bulan ini di mana kanak-kanak sekolah hampir dilanggar ketika melintas jalan selepas kejadian pertama dikesan di Presint 14 pada 13 November lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN