Tindakan pemandu berkenaan yang hampir melanggar pelajar terbabit mengundang rasa marah dan tidak puas hati pengguna media sosial.

‘Seorang lagi buat hal, siap hon lagi’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA- Seorang pelajar nyaris dilanggar sebuah kereta di lintasan pejalan kaki berdekatan sekolahnya selepas pemandu terlibat gagal memberhentikan kenderaannya meskipun lampu isyarat menunjukkan tanda merah ketika ini.

Berdasarkan satu video dikongsikan seorang pengguna Threads @mrhanzv, pelajar terbabit dilihat sedang melintas jalan selepas lampu isyarat menunjukkan tanda hijau sebelum kereta dipandu individu berkenaan terus melulu laju melintasi lintasan itu.

“Amboi, sudahlah lampu merah, dekat sekolah, ada budak tengah melintas, siap hon budak itu lagi. Warga Threads ‘bakar line sikit’,” tulisnya.

Menurut pemilik akaun itu, pemandu terlibat juga tidak mempunyai niat memberhentikan keretanya di lampu isyarat berdasarkan bukti dipaparkan ‘dashcam’ miliknya.

“Ini pandangan belakang (dashcam), memang tiada niat untuk berhenti di lampu merah,” katanya.

Sementara itu, rata-rata pengguna media sosia mahu pihak berkuasa termasuk Polis Diraja Malaysia mengambil tindakan tegas terhadap pemandu itu ekoran berisiko membahayakan nyawa pelajar terlibat.

“Sila saman dan tarik lesen pemandu seperti ini. kena ada akibatnya,” tulis @reportjalan sambil memaparkan nombor pendaftaran kereta berkenaan jenis Honda City (WUS 9028).

“Mohon kita semua mematuhi peraturan jalan raya dan lebih berhati-hati ketika memandu, khususnya di kawasan sekolah. Keselamatan anak-anak kita adalah tanggungjawab bersama,” kata @radzi.jidin.

“Mohon saman, sudah ada nombor plat kereta itu, revoke (batal) lesen sekali sebab cenderung memandu secara berbahaya dan boleh membahayakan nyawa orang lain terutamanya kanak-kanak sekolah,” kata @npurpearl. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN