Tangkap layar video memaparkan seorang kanak-kanak menziarahi pusara arwah datuknya yang dikongsi @atikah_kariadi di Threads.

‘Minta Allah redakan hujan, nak pergi kubur datuk’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kerinduan seorang cucu terhadap arwah datuk yang sering membawanya berjalan mengundang sebak apabila dia tetap berkeras mahu menziarahi pusara insan tersayang meskipun hujan turun dengan lebat.

Menerusi perkongsian pengguna Threads, @atikah_kariadi, anak lelakinya itu dikatakan masih sukar menerima kehilangan datuknya kerana mereka cukup rapat dengan kanak-kanak itu menangis hampir 40 minit sebelum tidur kerana terlalu merinduinya.

Menurut wanita itu, ketika bersiap untuk ke sekolah keesokan paginya, kanak-kanak berkenaan meminta ibunya mengambilnya seawal pukul 3 petang kerana mahu menziarahi pusara datuk.

Lebih menyentuh hati, ibunya tiba di sekolah pada pukul 4.15 petang ketika hujan turun dengan lebat, namun anaknya tetap berkeras mahu ke kubur.

Sepanjang berada di dalam kereta, kanak-kanak itu tidak putus-putus berdoa agar Allah meredakan hujan supaya hasratnya untuk menziarahi pusara insan tersayang dapat ditunaikan.

“Malam sebelum tidur, dia dah nangis hampir 40 minit. Pujuk punya pujuk, sampai dia tertidur. Pagi itu, masa bersiap ke sekolah, dia minta ambil awal pukul 3 petang sebab nak pergi kubur datuk.

“Saya sampai sekolah pukul 4.15 petang, hujan turun dengan lebatnya. Dalam kereta, dia tak berhenti cakap minta Allah redakan hujan,” kongsinya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar kanak-kanak itu membesar menjadi anak yang soleh serta berjaya dunia dan akhirat.

“Good boy (budak baik) abang. Atok pun bangga dengan abang sebab abang budak baik dan bijak,” komen @norainiyah_niya.

“Aduh, kabur video secara tiba-tiba. Teruskan menjadi anak yang baik dan selalu doakan atok,” komen @botakkawasakit pula.

“Mak cik pun rindukan sosok seorang atok. Atok saudara tiri, tetapi sakitnya sampai sekarang masih terasa. Membesarlah menjadi anak yang soleh dan berjaya dunia akhirat,” tulis @umiishaazakaria.

Malah, pengguna @yayayuvian turut berkongsi pengalaman anaknya yang masih mengingati arwah datuk walaupun sudah lama meninggal dunia.

“Macam anak saya, setiap malam sebelum tidur selalu cakap, ‘Atok tak nak datang dalam mimpi abang ke? Abang rindu atok. Abang dah baca doa banyak’,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN