Gambar hiasan.

Jaga-jaga ribut petir, hujan lebat petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang melibatkan beberapa kawasan di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah sehingga pukul 4 petang ini.

Menurut MetMalaysia menerusi kenyataan di Facebook, bagi negeri Kedah, kawasan yang terlibat ialah Sik, Baling, Pendang, Pokok Sena, Padang Terap, Kota Setar, Yan, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu.

“Di Perak, amaran berkenaan melibatkan Hilir Perak, Bagan Datuk, Larut Matang, Kuala Kangsar, Kerian, Hulu Perak dan Selama, manakala di Pahang melibatkan Lipis, Temerloh, Maran, Bera, Pekan, Rompin dan Jerantut.

“Turut terjejas ialah Selangor melibatkan Sepang, Kuala Langat, Klang, Petaling, Kuala Selangor dan Sabak Bernam, manakala di Negeri Sembilan membabitkan Port Dickson, Rembau, Seremban, Jempol dan Tampin,” katanya.

Amaran turut melibatkan seluruh Melaka, Wilayah Persekutuan Putrajaya serta Segamat dan Mersing di Johor.

Di Sarawak, kawasan yang terlibat ialah Sibu, Sarikei, Tanjung Manis, Daro, Matu dan Dalat di Mukah serta Betong.

Sementara itu, di Sabah, amaran berkenaan melibatkan Tawau dan Kalabakan di Tawau, manakala Paitan, Labuk dan Sugut serta Sandakan di Sandakan.

MetMalaysia berkata, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi satu jam.

“Amaran ribut petir merupakan amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi satu-satu keluaran,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN