SEREMBAN – Sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh bapa mereka seorang warga emas lelaki berusia 63 tahun di Rasah Jaya di sini pada 3 November lalu.
Tertuduh, B.Balamurali, 32 dan isterinya, S.Sangitha, 34, mengangguk faham sebaik pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Nurul Saqinah Rosli.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh.
Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa membunuh dan menyebabkan kematian terhadap K.Balakrishnan, 63,
Kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah flat di Rasah Jaya di sini lebih kurang pukul 11 malam, 3 November lalu.-KOSMO! ONLINE














