Al Zulfadly (depan) dan Nurul Nur Syahirah ketika dibawa ke Mahkamah Majistret hari ini.

‘ADC’ Raja Muda Selangor dipenjara, sebat tipu tawaran aset tanah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang sebelum ini disiasat kerana menyamar sebagai juriring (ADC) Raja Muda Selangor, dipenjara setahun dan dua kali sebatan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan menipu seorang lelaki berkaitan tawaran pembelian aset hartanah.

Majistret Amirul Asyraf Abdul Rasid menjatuhkan hukuman itu terhadap Al Zulfadly Alias, 40, selepas tertuduh mengaku bersalah atas dua pertuduhan yang didakwa ke atasnya.

Mahkamah turut memerintahkan hukuman yang dijatuhkan itu berjalan serentak dari tarikh tangkap.

Dalam prosiding sama, tunangnya, Nurul Nur Syahirah Kamarudin, 37, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan sama.

Mengikut pertuduhan, mereka yang juga penganggur didakwa secara bersama menipu dan memperdaya seorang selebriti lelaki berkaitan tawaran pembelian aset hartanah.

Perbuatan itu telah mendorong mangsa menyerahkan wang RM30,000 melalui dua pindahan ke akaun bank milik Al Zulfadly yang mana mangsa tidak akan berbuat demikian sekiranya tidak diperdayakan.

Kesalahan itu dilakukan di Jalan Wangsa Delima 11, Wangsa Maju pada 10 dan 12 Mei 2024 yang
didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara setahun hingga 10 tahun, sebat dan denda jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Farhanah Arul Hisham memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal kepada Al Zulfadly, sementara Nurul Nur Syahirah pula ditawarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun peguam Mohd Ridzwan Warisi. Nurul Nur Syahirah pula diwakili peguam Shah Rizal Abdul Manan memohon anak guamnya hanya dikenakan penjara minimum dari tarikh tangkap kerana menanggung ibu serta pengakuannya menjimatkan masa mahkamah.

Sementara itu seorang lagi peguam Shah Rizal Abdul Manan yang mewakili Nurul Nur Syahirah pula memohon jumlah jaminan yang ditawarkan pihak pendakwaan atas alasan anak guamnya tidak bekerja dan ditanggung ibu bapanya.

Mahkamah kemudiannya membenarkan wanita itu diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan 16 Disember ini sebutan semula kes untuk serahan dokumen.

Kosmo! pada 29 Oktober lalu melaporkan pemburuan pihak berkuasa ke atas individu yang menyamar sebagai ADC Raja Muda Selangor dalam urusan jual beli rumah dan kenderaan sejak 13 Oktober lalu berakhir selepas lelaki itu ditahan ketika bersembunyi di Johor.

Suspek berusia 40 tahun itu diberkas pada pukul 5 petang di sebuah kondominium di Johor Bahru. Turut ditahan, pasangan adik-beradik berusia 26 dan 27 tahun di daerah ini dan Johor Bharu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN