Kapal tangki yang merempuh tebing semalam.

Kapal tangki langgar tebing ditarik, tiada tumpahan minyak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LUMUT – Kapal tangki MT Midas yang merempuh tebing darat berhampiran Taman Rekreasi Madani Esplanade Wing di sini semalam berjaya ditarik keluar dari lokasi kejadian dalam operasi bermula pukul 10 malam.

Jabatan Laut (JLM) berkata, kapal berkenaan kini berlabuh di perairan berhadapan Tanjung Batu Agas, Lumut selepas operasi menariknya keluar dari kawasan kejadian selesai dijalankan

Katanya, sebuah bot tunda turut ditempatkan dalam keadaan siap siaga di lokasi kapal berlabuh sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya memerlukan bantuan kecemasan.

“Pemeriksaan awal yang dilakukan bersama Maritim Malaysia (APMM) mendapati tiada sebarang tumpahan minyak atau pencemaran marin dikesan di lokasi kejadian,” katanya di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu, JLM telah melantik pegawai penyiasat kemalangan kapal bagi menyiasat insiden berkenaan. Siasatan akan meneliti faktor termasuk aspek keselamatan dan pematuhan terhadap peraturan pelayaran yang berkuat kuasa.

“Pelantikan itu merupakan sebahagian daripada tanggungjawab JLM bagi memastikan setiap kemalangan perkapalan disiasat secara teratur dan menyeluruh selain mengenal pasti punca kejadian serta langkah penambahbaikan keselamatan yang bersesuaian,” katanya.

Dalam pada itu, JLM berkata, pihaknya memandang serius sebarang pengoperasian atau pergerakan kapal tanpa kebenaran yang sewajarnya khususnyaa melibatkan risiko terhadap keselamatan pelayaran, kemudahan awam dan persekitaran marin.-KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN