Ismail melawat rerurai pameran inovasi Majlis Apresiasi dan Inovasi Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2026 di Seremban hari ini. Foto oleh NUR SHARIEZA ISMAIL/KOSMO!

Notis sidang DUN dijangka keluar dalam masa terdekat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Notis Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan dijangka dikeluarkan dalam masa terdekat.

Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim berkata, semua pihak diminta menunggu notis berkenaan yang kemungkinan dikeluarkan dalam tempoh terdekat ini.

Bagaimanapun beliau tidak menyatakan bila notis itu akan dikeluarkan.

“Tunggulah notis,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Apresiasi dan Inovasi Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2026 di Seremban hari ini.

Kerajaan negeri sebelum ini menetapkan 26 November sebagai tarikh persidangan DUN, manakala pembentangan Belanjawan Negeri Sembilan 2027 dijadualkan pada 27 November.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN