fbpx

‘Saya ingat sudah terhapus dalam industri’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Hilang kepercayaan terhadap diri sendiri susulan terkait kontroversi, pelakon Amir Ahnaf tidak menyangka masih ada pihak memberikan peluang buat dirinya untuk terus berkarya dalam industri seni.

Amir atau nama sebenarnya, Muhammad Amir Ahnaf Mohd. Khairudin, 26, berkata tidak mampu menahan sebak sehingga menangis sebaik melihat maklum balas positif penonton terhadap filem baharunya, Baga: Esok Untuk Siapa yang disifatkan sebagai antara karya paling dekat dengan dirinya setakat ini.

“Selepas apa yang berlaku dua, tiga bulan lalu membuatkan saya tertanya-tanya sama ada saya masih mempunyai tempat dalam arena hiburan tanah air.

“Susulan hal yang terjadi, saya hilang kepercayaan terhadap diri sendiri. Tapi selepas melihat, mendengar dan merasai apa yang kalian rasa, saya bersyukur kerana kalian lebih menghargai rasa manusia berbanding perkara lain.

“Sejujurnya, saya tidak percaya kalian semua berada di sini. Saya ingat saya sudah terhapus dalam industri ini. Saya ingat saya sudah tiada lagi,” katanya ketika ditemui selepas tayangan perdana Baga: Esok Untuk Siapa semalam.

Menurutnya yang membawakan watak penagih dadah dalam naskhah tersebut, Baga: Esok Untuk Siapa bukan hanya lakonan, malah karya yang membantunya menemukan semula sisi diri selepas melalui pelbagai cabaran.

“Disebabkan Baga: Esok Untuk Siapa, saya jumpa diri saya semula. Apabila melihat diri sendiri dalam skrin, saya rasa seperti rindukan diri saya yang dahulu. Kalau ditanya, antara naskhah kegemaran peribadi yang pernah saya jayakan ialah filem ini serta Kahar: Kapla High Council,” ujarnya.

Akui Amir, Baga yang menjalani penggambaran sekitar dua tahun lalu sebelum ditayangkan kepada penonton pada 5 November ini turut membawa pengalaman emosional buat dirinya.

Katanya, penghargaan penonton bukan sahaja dirasai terhadap lakonannya, malah menjadi bukti bahawa kejujuran seluruh tenaga produksi dalam menghidupkan cerita itu sampai ke hati audiens.

Tambah Amir, naskhah arahan Ariff Zulkarnain itu lahir daripada kesungguhan ramai pihak termasuk pelakon versatil, Wan Hanafi Su serta Amirah Razak, penerbit serta seluruh pasukan produksi.

“Saya jujur dalam setiap perkara yang saya buat, apatah lagi naskhah yang saya bawa. Semua rasa itu datang daripada hati yang ikhlas.

“Saya percaya apa sahaja yang kita lakukan dalam kehidupan, kalau dibuat dengan jujur, orang akan dapat merasainya,” jelasnya.

Mengulas mengenai peluang kedua, Amir menyifatkan setiap ruang dan kesempatan dalam kehidupan sebagai rezeki serta kurniaan Tuhan yang tidak seharusnya dipandang ringan.

“Peluang itu salah satu bentuk penghargaan. Saya percaya peluang datang bukan sebab kita, tetapi sebab Dia. Alhamdulillah,” ujarnya.

Terdahulu, nama Amir ‘panas’ apabila dikaitkan dengan seorang wanita Singapura disusuli isi terbaru berkaitan tangkap layar komen ‘jump jacks now’ pada foto seorang wanita b

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN