Gambar hiasan.

848 mangsa banjir di Selangor, Perak berlindung di PPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Sebanyak 848 mangsa banjir daripada 236 keluarga masih ditempatkan di lima pusat pemindahan sementara (PPS) di Kuala Selangor, Selangor setakat 4 petang tadi.

Menurut portal InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Dato’ Maharaja Lela menempatkan jumlah tertinggi iaitu 412 mangsa diikuti SK Parit Mahang (241), Sekolah Rendah Agama Bukit Kuching (105), Sekolah Agama Batu 8 Ijok (77) dan SK Jaya Setia (13).

Selain itu, 20 mangsa kejadian tanah runtuh pada 29 Okt masih ditempatkan di PPS Balai Raya Kampung Kenanga, Gombak.
Di PERAK, jumlah mangsa menurun kepada 348 orang daripada 99 keluarga berbanding 410 mangsa daripada 114 keluarga yang direkodkan pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan 228 mangsa ditempatkan di PPS Dewan Rumah Rehat Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) manakala 120 mangsa di PPS Dewan MPTI Langkap daerah Hilir Perak.

Banjir di daerah Larut, Matang dan Selama pulih apabila PPS Surau Kampung Simpang Halt yang menempatkan 39 mangsa ditutup pada tengah hari tadi. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN