PETALING JAYA – “Island hopping Puncak Alam”.
Demikian perkongsian seorang pengguna Threads, @adiputeraaaaaa, yang berkongsi keadaan jalan dinaiki air di Alam Perdana ketika melalui kawasan berkenaan.
Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang berseloroh menyifatkan situasi tersebut seperti melakukan aktiviti merentas pulau.
“Lorong kiri tu tolonglah perlahan. Teman ni tahan kaki sampai pembahagi jalan dah ni, emmm,” komen szwann pula.
Sementara itu, ada juga yang mencadangkan laluan alternatif kepada orang ramai yang ingin menuju ke Puncak Alam.
“Naik highway (lebuh raya), keluar Eco Grandeur lebih senang untuk ke Puncak Alam musim-musim ni. Katanya takut tiba-tiba air naik ketika berada di lampu isyarat. Boleh menangis woo,” katanya.
“Alam Perdana, sini tempat paling seram kalau hujan lebat,” komen yang lain.
Dalam pada itu, pengguna @irwan_aong turut mencadangkan supaya laluan air yang tertutup di kawasan berkenaan dibuka bagi membolehkan air mengalir dengan lebih lancar ke longkang besar.
“Tolonglah laluan air tertutup dari jalan tu jadikan laluan terbuka bagi air lancar ke longkang besar,” tulisnya. – KOSMO! ONLINE
View on Threads
















