Banjir, PRN Melaka serta isu pengampunan dan tahanan rumah antara perkara besar yang menjadi perhatian rakyat Malaysia. - GAMBAR HIASAN

Rakyat lihat bagaimana kuasa diguna, tanggungjawab dilaksana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ADA tiga perkara menarik perhatian berkisar perkembangan berkaitan perundangan, politik dan keselamatan ketika tengkujuh. Mungkin tiga perkara berbeza, namun akan menemui titik silang suatu hari nanti.

Pada Jumaat lalu, isu pengampunan dan tahanan rumah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ‘kecoh’ dibincangkan di media sosial. Ia rentetan Jabatan Peguam Negara (AGC) menangguhkan sementara pelaksanaan perintah tahanan rumah Najib sehingga isu perundangan berkenaan selesai.

Kemuncaknya, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah bahawa mempertikai perintah pengampunan Najib boleh dianggap mengingkari titah Agong.

Penulis enggan mengulas lanjut kerana biarlah perkara ini berjalan dalam keadaan tertib serta keteraturan.

Seperti yang kita sedia maklum, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) semalam mengeluarkan amaran hujan berterusan (buruk) sehingga esok membabitkan kawasan-kawasan di Kelantan seperti Bachok, Kota Bharu, Tumpat, Pasir Mas dan Pasir Puteh.

Amaran sama turut di Terengganu melibatkan Besut, Setiu, Dungun, Kemaman, Marang, Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.

Selain itu, amaran hujan berterusan tahap waspada bagi tempoh sama dikeluarkan melibatkan Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Jeli di Kelantan; Hulu Terengganu, Terengganu; Kuantan, Pekan, Rompin dan Jerantut di Pahang; serta Kudat, Sandakan, Paitan, Telupid, Labuk dan Sugut dan Kinabatangan.

Ketika ini boleh dirumuskan hampir semua kementerian terlibat dan boleh terkesan. Langkah-langkah proaktif sudah dilakukan agensi terlibat dalam menangani kesannya luruan monsun terhadap rantau negara.

Kempen bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sudah memasuki hari-hari terakhir berkempen. Pendapat penulis PRN kali ini nampak agak sedikit ‘sejuk’.

Namun, menurut rakan-rakan kempen di Melaka sedang hangat berlangsung dengan pelbagai isu tempatan serta manifesto parti-parti utama bertanding.

Ketiga-tiga isu ini boleh dikaitkan dalam satu kerangka besar, iaitu bagaimana politik kuasa, kepercayaan rakyat dan keupayaan kerajaan mengurus kepentingan awam akan menjadi ukuran penting menjelang PRN Melaka dan seterusnya Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Isu pengampunan Najib menyentuh persoalan keadilan, kuasa institusi diraja dan persepsi rakyat terhadap integriti sistem pemerintahan. Isu banjir pula menguji keupayaan kerajaan dalam melindungi keselamatan, kebajikan dan kehidupan rakyat.

Sementara itu, politik Melaka menjadi medan untuk melihat bagaimana parti-parti politik mengolah kedua-dua isu tersebut dalam persaingan mendapatkan sokongan pengundi.

Rakyat bukan sekadar mahu mendengar janji politik, sebaliknya mahu melihat bagaimana kuasa digunakan dan tanggungjawab dilaksanakan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN