Kemalangan berlaku di Kilometer 285.3 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara, susur masuk ke Lebuh Raya Elite, hari ini.

‘Ngerinya pak cik masuk bawah lori’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NILAI – Seorang pesara lelaki berusia 60-an maut selepas motosikal Honda EX5 yang dia tunggang terbabit dalam kemalangan membabitkan dua lori tangki di Kilometer 285.3 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara, susur masuk ke Lebuh Raya Elite, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi itu, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Johari Yahya berkata, kemalangan itu membabitkan tiga kenderaan iaitu motosikal Honda EX5, lori tangki jenis Scania dan lori tangki Mercedes.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kedua-dua lori tangki berkenaan dalam perjalanan dari Seremban menghala ke Klang, Selangor, manakala motosikal ditunggang mangsa dari Seremban menghala ke Kuala Lumpur.

“Setibanya di lokasi kejadian, motosikal yang berada di lorong paling kiri dipercayai menukar laluan ke lorong kedua dari kiri sebelum bergesel dengan lori tangki Scania.

“Akibat pergeseran itu, motosikal bersama penunggangnya terbabas dan terjatuh di atas jalan di lorong paling kiri.

“Pada masa sama, sebuah lagi lori tangki Mercedes yang melalui lorong berkenaan tidak sempat mengelak sebelum melanggar motosikal bersama penunggangnya,” katanya ketika dihubungi.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN