PETALING JAYA – Seorang lelaki tidak menyedari kad pengenalannya terjatuh ketika dia memandu kereta ketika melalui Plaza Tol Bentong di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak hari ini.
Perkara itu disedari seorang pengguna kenderaan lain yang melihat kejadian tersebut dan dia cuba mengejarnya bagi memaklumkan berhubung kad pengenalan berkenaan.
Menerusi hantaran video Threads Njrahm93, dia merakam video sebuah kereta Proton Preve berserta nombor pendaftaran dipandu lelaki tersebut, namun tidak berjaya mengejarnya.
“Saya rakam tanpa kebenaran. Kepada kereta ini, IC (kad pengenalan) pak cik jatuh dekat tol Bentong. Saya nak hon, tapi hon kereta saya rosak. Dah ikut, puas bagi signal (isyarat), tapi pak cik tak perasan.
“Saya dah bagitahu dekat orang yang jaga tol tu,” katanya pada hantaran itu hari ini.
Video berkenaan mendapat pelbagai maklum balas daripada orang ramai yang berharap lelaki tersebut menyedari kehilangan MyKad miliknya.
“Pak cik mesti ingatkan scammer pembuli jalan ni,” komen Faa.mf berseloroh.
“Patut bagi lampu tinggi banyak kali sampai pak cik tu stres dan berhenti tepi ajak bergocoh (bergaduh). Tak apa awak dah buat yang terbaik sebagai orang baik. Kalau tak jumpa, serahkan je di balai polis ya,” komen Ohkhai.
“Ada je orang menonong macam tu. Aku pernah nak tolong orang yang bonet terbuka. Akhirnya lantak kau lah,” kata Mohamedfittri. – KOSMO! ONLINE
View on Threads
















