Gambar hiasan.

Remaja perempuan maut dipercayai terjatuh dari tingkat sembilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun ditemukan meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari tingkat sembilan tempat letak kereta bertingkat di sebuah taman perumahan awam di sini hari ini.

Kejadian itu disahkan Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham ketika dihubungi Kosmo! di sini tadi.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati mangsa dipercayai terjatuh dari tempat letak kereta bertingkat sebelum ditemukan seorang saksi awam dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Mangsa ditemui di kawasan berhampiran bangunan tersebut kira-kira pukul 5.45 pagi dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Kes diklasifikasikan sebagai Mati Mengejut (SDR). Siasatan lanjut sedang dijalankan dan setakat ini tiada unsur jenayah dikesan,” katanya ringkas ketika dihubungi di sini tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN