Antara perkongsian orang ramai berhubung gempa bumi di Osaka.

[VIDEO] Rakyat Malaysia di Jepun cemas rasa gegaran kuat awal pagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Menggigil satu badan.”

Itu antara situasi rakyat Malaysia yang sedang berada di Osaka, Jepun apabila gempa bumi dengan magnitud awal 5.7 melanda kawasan tengah Jepun awal pagi tadi.

Menurut perkongsian Eyan Jalil di Threads, dia merasakan gegaran kuat semasa berada di dalam bangunan dipercayai hotel yang didiaminya semasa kejadian itu berlaku.

“Kuatnya gegar dekat Osaka. Ya Allah, shaking (menggigil) satu badan,” tulisnya.

Tinjauan di ruang komen mendapati, terdapat beberapa lagi rakyat Malaysia yang berada di negara berkenaan turut berkongsi situasi masing-masing semasa gempa bumi itu berlaku.

“Saya ingat imaginasi saya saja tadi. Kuat dan lama juga kan? Saya jengan luar apartmen tengok orang awam bertenang je,” kata Adila.

“Ya. Kakak saya kat Jepun sekarang. Dia kata rumah bergegar ingatkan kereta api lalu lepas tu teringat situ tak ada kereta api,” kata @nmstrrshd.

“Apartment saya semua barang jatuh, dekat sangat dengan laut,” kata @ry.e.

Terdahulu, gempa bumi dengan magnitud awal 5.7 melanda kawasan tengah Jepun awal pagi tadi, menyebabkan lebih 20 orang cedera di wilayah Aichi dan Shizuoka. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN