PETALING JAYA – Kualiti udara di Klang mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat iaitu 118 setakat 9.30 pagi ini.
Data tersebut adalah setakat pukul 9 pagi serta dipaparkan pada laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Jabatan Alam Sekitar.
Dalam masa sama, 29 kawasan mencatatkan IPU sederhana, manakala sebanyak 38 kawasan merekodkan bacaan IPU pada tahap baik. – KOSMO! ONLINE
















