Ketiga-tiga mangsa maut selepas berteduh di bawah pokok di Bandar Baru Salak Tinggi.

Kerajaan Sabah bawa pulang jenazah mangsa dipanah petir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah sedang menyelaraskan urusan membawa pulang tiga jenazah lelaki berasal dari Semporna yang maut selepas disambar petir di Sepang, Selangor semalam.

Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri Sabah, Datuk Azrul Ibrahim berkata, urusan penghantaran pulang ketiga-tiga jenazah itu diselaraskan kerajaan negeri menerusi Pejabat Perhubungan Negeri Sabah Kuala Lumpur (PPNSKL).

Beliau berkata, proses berkenaan akan dilaksanakan selepas semua prosedur berkaitan diselesaikan.

“PPNSKL memaklumkan bahawa urusan membawa pulang ketiga-tiga jenazah ke Sabah sedang diselaraskan oleh Kerajaan Negeri melalui PPNSKL, setelah semua prosedur berkaitan diselesaikan,” katanya.

Azrul berkata, beliau sudah menghubungi PPNSKL bagi mendapatkan maklumat terkini berhubung urusan membawa pulang jenazah mangsa ke Sabah susulan kejadian menyayat hati itu.

Beliau turut menyampaikan salam takziah kepada seluruh ahli keluarga mangsa serta berharap segala urusan pengurusan dan penghantaran pulang jenazah dipermudahkan.

“Semoga roh mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, tiga mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Mohd Sahrif, 26, adiknya, Mohamad Ahzam Marusin, 16, serta sepupu mereka, Mohammad Safwan Aksan, 18. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN