SEPANG- Tiga individu maut selepas disambar petir dalam kejadian yang berlaku di Bandar Baru Salak Tinggi, di sini, petang ini.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman ketika dihubungi mengesahkan insiden berkenaan.
“Betul,” katanya ringkas ketika dihubungi bagi mengesahkan kejadian itu.
Difahamkan, kejadian berlaku di padang awam berdekatan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Sepang.
Sebelum itu, tular di media sosial beberapa klip video memaparkan tiga jasad yang sudah bertutup dengan kain batik terbaring di bawah pokok.
Difahamkan, ketiga-tiga mangsa berada di lokasi kejadian selepas kereta dinaiki rosak.
Buat masa ini, Kosmo! difahamkan mangsa dibawa ke Hospital Sultan Idris Shah, Serdang untuk tindakan lanjut.
Berita lanjut menyusul. – KOSMO! ONLINE
















