Pasukan penyelamat mencari mangsa di Sungai Jahang, Gopeng, hari ini. - Foto IHSAN JBPM

Budak dua tahun dikhuatiri lemas di Dataran Sungai Jahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GOPENG – Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun hilang ketika sedang beriadah bersama keluarganya di Dataran Sungai Jahang, Kampung Jahang, di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 12.06 tengah hari tadi.

Beliau berkata, operasi pencarian dilakukan bersama pihak polis dan orang kampung serta dibantu syarikat pelancongan yang berhampiran menggunakan lapan unit bot miliknya.

“Sehingga pukul 3.45 petang, pasukan yang membuat pencarian awal telah bergerak membuat pencarian sejauh 4 kilometer dari lokasi tempat mangsa dilaporkan jatuh.

“Pada petang ini, radius pencarian akan ditambah dan Pos Kawalan Bomba telah pun dibuka di lokasi kejadian,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kampar juga turut membantu dengan membuat pemantauan di Hilir Sungai yang berhampiran dengan Kampar.

“Operasi mencari kini masih dijalankan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN