BEZZECCHI berjaya memenangi GP Qatar untuk menyekat Marquez daripada menjulang gelaran dunia lebih awal. - AFP

MotoGP: Bezzecchi tangguh hasrat besar Marquez

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LUSAIL – Hasrat Marc Marquez untuk menjulang gelaran dunia kelapan MotoGP lebih awal tertangguh sekurang-kurangnya dua minggu lagi selepas menamatkan Grand Prix (GP) Qatar di tempat kedua di belakang Marco Bezzecchi, awal pagi semalam.

Pelumba Ducati itu sebelum ini berpeluang menjulang kejuaraan lebih awal selepas memenangi perlumbaan pecut, Sabtu lalu, namun peluang berkenaan bergantung kepada kegagalan pencabar terdekatnya, Jorge Martin mengutip sebarang mata dalam perlumbaan utama.

Bagaimanapun, Martin yang bersaing bersama pasukan Aprilia itu berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ketujuh, sekali gus memastikan perebutan gelaran dunia terus terbuka meskipun ketinggalan 60 mata di belakang Marquez dengan baki dua pusingan musim ini yang menawarkan 74 mata lagi.

Marquez kini berpeluang menyamai rekod lapan gelaran dunia MotoGP milik legenda Itali, Valentino Rossi, sekiranya berjaya mengutip sekurang-kurangnya dua mata lebih banyak berbanding Martin dalam perlumbaan pecut GP Portugal di Portimao.

Marquez berkata, dia memilih pendekatan berhati-hati pada awal saingan bagi mengimbangi kepantasan jentera dengan pengurusan tayar sebelum mengambil peluang meningkatkan tekanan apabila menyedari pencabarnya mula bergelut.

“Strategi saya adalah cuba mengawal perlumbaan dalam lima pusingan pertama. Saya sedar pada satu bahagian perlumbaan, saya sangat pantas, tetapi jika terus menunggang dengan gaya itu, saya akan menggunakan tayar hadapan dengan lebih cepat.

“Tempat ketiga sebenarnya sudah memadai, tetapi saya melihat Fernandez bergelut. Jadi, saya mengambil peluang untuk menyerang dan mendapatkan empat mata tambahan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN