MARTIN menunjukkan peningkatan pada sesi latihan bebas GP Qatar biarpun masih dibelenggu kecederaan. - AFP

MotoGP: Martin mahu sekat hajat Marquez

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DOHA – Pencabar takhta Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP), Jorge Martin kembali mempamerkan kebangkitan apabila menamatkan sesi latihan bebas Grand Prix (GP) Qatar di Litar Lusail malam tadi di tempat ketujuh.

Selepas bergelut untuk mempamerkan tunggangan terbaik pada GP Malaysia minggu lalu akibat kecederaan pergelangan tangan, pelumba Aprilia itu dilihat semakin hampir kembali ke prestasi sebenar.

Dia menggalas misi cukup besar pada GP Qatar apabila mahu menghalang pelumba Ducati, Marc Marquez daripada merangkul kejuaraan dunia lebih awal minggu ini.

“Saya sangat bangga dengan apa yang dilakukan hari ini (semalam) dan saya memang mengharapkan perasaan seperti ini ketika di Malaysia. Ketika itu, saya rasa mampu berlumba tetapi keadaan tidak mengizinkan.

“Memang benar saya belum pulih sepenuhnya tetapi ia jauh lebih baik berbanding sebelum ini. Saya boleh beraksi dengan kompetitif dan mahu membina kembali keyakinan di dalam litar,” katanya.

Sementara itu, bagi menangguhkan gelaran dunia buat Marquez di Qatar, Martin perlu memastikan dia mampu untuk mengutip sekurang-kurangnya lapan mata minggu ini, namun ia bukan sesuatu yang mudah.

“Secara keseluruhan memang saya sudah ada peningkatan tetapi jika berada di posisi ekstrem, ia sangat menyakitkan. Bagaimanapun, saya tetap optimis untuk bangkit lebih baik,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN