PEARLY (kiri) dan Thinaah terpaksa akur gagal meneruskan kemaraan ke pusingan kedua selepas tewas kepada Hiramoto-Shida. - SHIDDIEQIIN ZON

Kumamoto Masters: Pearly-Thinaah kandas pusingan pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah berdepan kejutan apabila tersingkir seawal pusingan pertama pada Kejohanan Badminton Kumamoto Masters.

Pada perlawanan yang berlangsung di Gimnasium Kumamoto, Jepun sebentar tadi, pilihan kedua kejohanan itu terpaksa akur tewas 21-18, 13-21, 14-21 kepada wakil tuan rumah, Ririna Hiramoto-Chiharu Shida.

Bekas naib juara dunia itu bermula kurang baik apabila ketinggalan 3-9 di set pertama sebelum kembali mengejar dan menyamakan kedudukan 17-17 dan menang 21-18.

Bersambung set kedua, Hiramoto-Shida sekali lagi menunjukkan permulaan cukup baik apabila sekali lagi mendahului dengan jurang mata cukup besar 14-7.

Pearly-Thinaah kemudiannya cuba mengejar bagi mengelak beraksi di set penentuan, namun ianya tidak berhasil apabila mereka tewas 13-21.

Memasuki set ketiga, dominasi Hiramoto-Shida tidak dapat dibendung lagi apabila mereka berjaya mengekalkan rentak konsisten dan mendahului 11-4.

Tersentak dengan kedudukan tersebut, anak-anak buah Rosman Razak cuba untuk mengejar, namun beregu Jepun yang menerima sokongan padu penyokong sendiri sukar digugat.

Hiramoto-Shida yang memiliki kelebihan mata cukup besar kemudiannya bermain tanpa sebarang tekanan sebelum mengesahkan kemaraan ke pusingan kedua menerusi kemenangan 21-14. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN