[VIDEO] ‘Kenapa Nazmi Faiz hendak raikan gol dekat bangku pasukan lawan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUCHING – Pengendali Selangor FC, Kim Pan-gon berang dan mendakwa dirinya cuba diserang oleh pemain tengah Kuching City FC, Nazmi Faiz Mansor dalam satu insiden kekecohan di tepi padang, malam tadi.

Insiden panas itu tercetus ketika aksi separuh akhir kedua Piala FA di Stadium Taha Ariffin yang menyaksikan impian Gergasi Merah ke pentas final berkecai selepas tunduk 0-2 kepada skuad The Cats.

Pan-gon yang nyata kecewa mendakwa Nazmi Faiz sengaja mencetuskan provokasi melampau apabila meraikan gol kemenangan pasukannya secara agresif betul-betul di hadapan bangku simpanan Selangor FC.

“Pemain yang menjaringkan gol tidak boleh datang ke bangku simpanan pasukan lawan dan menyerang ketua jurulatih”.

“Tindakan nombor 8 (Nazmi) itu sangat mengecewakan. Dia datang dekat dan berkelakuan tidak sopan di hadapan saya. Kakitangan dan pemain kami hanya mahu melindungi saya kerana bimbang dia akan menyentuh saya,” katanya pada sidang akhbar pasca-perlawanan.

Mengulas mengenai layangan kad merah yang diterima oleh pemain tengah Selangor, Eduardo Sosa serta jurulatih kecergasannya, Joel Dones, pengendali dari Korea Selatan itu menganggap hukuman pengadil adalah tidak adil.

Tegasnya, barisan Selangor FC langsung tidak bersalah dan hanya bertindak sebagai ‘perisai’ untuk mempertahankan keselamatan beliau.

“Saya tidak fikir mereka layak dihukum kad merah. Siapa lagi yang patut lindungi ketua jurulatih kalau ada pihak lawan datang menyerang secara agresif?” soalnya lagi.

Susulan kejadian memalukan itu, Pan-gon menggesa Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) segera menyiasat salah laku tersebut demi menjaga nilai kesukanan dan semangat hormat-menghormati dalam liga tempatan.

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN