fbpx
SAFAWI (No. 29) muncul wira apabila menyumbangkan kedua-dua gol Kuching City. - AFC

ACL 2: The Cats cipta sejarah di Asia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

 

KUCHING – Wakil negara, Kuching City mencipta sejarah tersendiri apabila meraih kemenangan pertama di pentas Asia selepas menewaskan wakil Korea Selatan, Gangwon FC 2-0 pada aksi keempat Kumpulan H Liga Juara-Juara 2 (ACL 2) di Stadium Taha Ariffin, sebentar tadi.

Lebih manis, kemenangan itu membolehkan skuad kendalian Aidil Sharin Sahak melunaskan dendam selepas tewas 0-1 pada pertemuan pertama di tempat lawan, sekali gus membuktikan The Cats bukan sekadar mahu menjadi pasukan pelengkap jadual dalam penampilan sulung di pentas Asia.

Kejayaan ini juga tidak hanya membawa makna besar kepada sejarah The Cats dan reputasi kelab Malaysia di pentas antarabangsa, malah mengekalkan peluang Kuching City untuk layak ke pusingan seterusnya.

Terdahulu, gawang Gangwon FC bocor seawal minit kedua namun kelab Korea Selatan itu bernasib baik apabila jaringan Jerome Etame dibatalkan kerana terlebih dulu dikesan berada di kedudukan offsaid.

Ia langsung tidak memberi kesan buat The Cats yang akhirnya memperoleh dua gol dalam tempoh tujuh minit, kedua-duanya dihasilkan oleh Safawi Rasid pada minit ke-13 dan 20.

Di sebalik keghairahan Gangwon FC mengatur gerakan, minit ke-33 Etame terus dihimpit kecewa kerana sekali lagi jaringannya dibatalkan akibat kesalahan sama.

Bersambung babak kedua, Gangwon FC dilihat cuba meningkat asakan dan peluang terbaik hadir pada minit ke-66 namun rembatan kaki kanan Cho Won-woo berjaya dihalang Yuki Tanigawa sekali gus beri kelegaan buat pasukan tuan rumah.

Gangwon FC terus dihidangkan beberapa peluang terbaik namun semua pemain Kuching City cukup berdisiplin melakukan tugasan bertahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN