fbpx
ULAR yang membelit transformer berjaya ditangkap oleh pasukan DPKP. - AGENSI

Ular sawa belit transformer, penduduk taman bergelap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Penduduk di sekitar Jalan Tole Iskandar, Kota Depok, wilayah Jawa Barat dikejutkan dengan insidenĀ  seekor ular sawa sepanjang 2 meter melilit sebuah transformer elektrik sehingga mencetuskan litar pintas, lapor saluran berita Lambe Turah.

KejadianĀ  kira-kira pukul 12.25 tengah malam (waktu tempatan) semalam itu menyebabkan bekalan elektrik terputus hampir sejam denganĀ  kawasan sekitar bergelap seketika.

Ketua Kawalan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (DPKP) Kota Depok, Tessy Haryati berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima aduan penduduk.

“Pihak kami menerima laporanĀ  bahawa seekor ular sawa berada di atas transformer yang mengakibatkan litar pintas serta gangguan bekalan elektrik,” katanya ketika dihubungi media tempatan.

Susulan insiden itu, seramai empat anggota bomba dikerahkan ke lokasi bagi membantu tiga petugas syarikat utiliti elektrik tempatan (PLN) menangkap reptilia itu.

Operasi pemindahan dilakukan dalam tempoh singkat tanpa sebarang kesulitan dan reptilia itu dialihkan dengan selamat dari atas transformer.

Bekalan elektrik di kawasan kejiranan tersebut dilaporkan pulih sepenuhnya tidak lama kemudian. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

Ā 

TERKINI

BERITA BERKAITAN