fbpx
Tangkap layar kejadian ribut di BBST, petang tadi.

[VIDEO] Ribut kuat, kereta undur laju elak khemah ‘terbang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan pantas seorang pemandu mengundurkan keretanya bagi mengelak sebuah khemah yang diterbangkan angin ketika ribut kuat di Bandar Baru Salak Tinggi (BBST), Sepang, mencuri perhatian pengguna media sosial.

Menerusi rakaman video yang tular di aplikasi Threads, kejadian itu dipercayai berlaku ketika hujan lebat berserta angin kencang melanda kawasan berkenaan sehingga menyebabkan jarak penglihatan menjadi terhad.

Rakaman tersebut memperlihatkan sebuah kereta berwarna hitam sedang melalui jalan raya sebelum pemandunya bertindak mengundurkan kenderaan dengan pantas bagi mengelak khemah yang dipercayai diterbangkan angin.

Keadaan itu turut mencetuskan kebimbangan apabila struktur khemah berkenaan dilihat berada berhampiran laluan kenderaan, sekali gus berisiko mengancam keselamatan pengguna jalan raya.

Menerusi perkongsian pengguna Threads, @aimtiger91, individu tersebut meluahkan rasa terkejut melihat tindakan pantas pemandu berkenaan.

“Laju betul kereta itu mengundur. Ribut di BBST,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memuji kecekapan pemandu terbabit yang berjaya mengelak daripada terkena khemah berkenaan.

Seorang pengguna, @sya.tiger.cat berkata, tindakan pantas itu turut mengelakkan risiko kemalangan membabitkan kenderaan lain.

“Syukur tiada kereta di belakang. Kalau tidak, kasihan juga sebab hendak mengelak khemah itu,” katanya.

Sementara itu, @ctnorsanisahh meluahkan kebimbangan terhadap risiko yang mungkin dihadapi pemandu sekiranya gagal mengelak struktur khemah tersebut.

“Risiko kepada pemandu itu jika dia tidak mengelak khemah. Batang-batang besi itu, seram,” katanya.

Seorang lagi pengguna, @rizqiemaakma mengakui pada mulanya menyangka objek yang diterbangkan angin itu seperti ikan paus kerana saiznya yang besar.

“Ya Allah, mula-mula aku ingat ikan paus yang mengejar. Banyak kali ulang rupanya khemah. Semoga dipermudahkan semuanya. Jaga diri semua yang berada di kawasan itu,” katanya.

Dalam pada itu, @kinabalu_car_rental turut membayangkan situasi cemas yang mungkin dialami pemandu berkenaan.

“Betapa gelabahnya kalau aku berada dalam kereta itu, dengan anak-anak di dalam lagi. Takut jadi apa-apa. Semoga dipermudahkan urusan saudara-mara di Semenanjung,” katanya.– KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN