fbpx
TANGKAP layar video memaparkan seorang lelaki memukul warga emas dengan getah paip sehingga menyebabkan kematian mangsa, baru-baru ini.

Tiga ditahan kes dera warga emas hingga mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Polis menahan tiga individu bagi membantu siasatan kes seorang lelaki warga emas berusia lingkungan 60-an yang dipercayai dipukul sehingga mati, baru-baru ini.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, ketiga-tiga suspek yang ditahan iaitu seorang lelaki dan dua wanita berusia antara 28 hingga 34 tahun mempunyai pertalian keluarga dengan mangsa dan dipercayai terlibat dengan kejadian berkenaan.

Menurut beliau, pada pukul 10 pagi tadi polis menerima laporan berhubung satu video tular di media sosial TikTok yang memaparkan mangsa berusia lingkuan 60-an dipercayai didera beberapa individu.

“Mangsa dilaporkan meninggal dunia pada petang 4 Oktober lalu.

“Sejurus menerima laporan, polis menjalankan siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial TikTok memaparkan seorang lelaki bertindak memukul belakang badan warga emas lelaki yang berada di atas kerusi roda dengan getah paip selepas mangsa dipercayai enggan makan makanan yang disuap kepadanya.

Difahamkan kejadian berlaku di Rasah Jaya, Seremban dan proses pengebumian mangsa telah dihentikan apabila mayat mangsa perlu diambil untuk proses bedah siasat.

Beliau berkata, polis turut merampas beberapa barangan termasuk getah paip yang digunakan untuk memukul mangsa, sebuah kerusi roda, telefon bimbit dan pakaian yang digunakan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN