fbpx
Gambar hiasan.

1,706 arak elak cukai bernilai RM70,000 dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TANJUNG MALIM – Polis berjaya merampas 1,706 botol minuman keras pelbagai jenama bir, wiski, gin, vodka dan cognac yang disyaki tidak mempunyai setem cukai kastam sah, bernilai RM70,000.

Ketua Polis Daerah Muallim Superintendan Khalid Mohamad berkata, kesemua arak tersebut telah dirampas di sebuah kediaman di Kampung Batu 4, Slim River di sini pada pukul 3.55 petang semalam.

“Sepasukan Cawangan Risik Ibu Pejabat Briged Utara, Pasukan Gerakan Am Ulu Kinta yang sedang menjalankan tugas Op Taring Alpha 2 telah membuat serbuan di sebuah kediaman di Kampung Batu 4, Slim River.

“Hasil serbuan tersebut, polis telah merampas sebanyak 1,706 botol minuman keras yang terdiri daripada pelbagai jenama bir, wiski gin, vodka dan cognac yang disimpan dalam premis tersebut, disyaki tidak mempunyai setem cukai kastam sah,” katanya di sini, hari ini.

Katanya, jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan RM70,000 yang membawa kepada penahahan seorang lelaki tempatan berumur 28 tahun yang merupakan pemilik kediaman tersebut untuk siasatan lanjut.

Jelasnya, kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(D) Akta Kastam 1967.

Khalid memaklumkan, barang rampasan akan diserahkan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Jabatan Kimia bagi tujuan analisis. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN