fbpx
Gambar Hiasan

Dadah RM2.24 juta dirampas di Sepang, Jeli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Selangor menggagalkan cubaan menyeludup dadah jenis ketamin dan bunga ganja bernilai lebih RM2.24 juta dalam dua operasi di Sepang dan Kelantan pada Ogos serta bulan lalu.

Pengarah JKDM Selangor, Noraidah Ishak berkata, semua dadah seberat 44.78 kilogram (kg) itu dirampas menerusi Operasi Mekong Dragon VII dan Operasi Shieldgate.

Katanya, kes pertama melibatkan pemeriksaan ke atas tiga kotak kurier import di sebuah pusat mel syarikat kurier di Sepang pada 13 Ogos lalu.

“Pemeriksaan menemukan masing-masing 15 bungkusan plastik dalam kotak pertama dan kedua, manakala 14 bungkusan lagi ditemukan dalam kotak ketiga. Jumlah keseluruhan ketamin adalah 44.5kg bernilai RM2.22 juta,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Noraidah berkata, sindiket menggunakan taktik mengikrar antaranya barangan pembalut plastik, fabrik, stetoskop dan penapis udara. Dagangan itu dipercayai diimport dari sebuah negara di Eropah, manakala alamat penerimanya di sekitar Sepang.

Dalam Operasi Shieldgate pada 13 Oktober lalu, pihaknya mengekori sebuah motosikal tanpa nombor pendaftaran di Jeli, Kelantan.

“Sebaik menyedari diekori, penunggang motosikal itu melarikan diri sebelum dikejar kenderaan penguat kuasa.

“Suspek sempat mencampakkan satu bungkusan plastik di tepi jalan disyaki berisi bunga ganja seberat 0.28 kg bernilai RM22,880,” katanya.

Kesemua dadah itu dibawa ke Pejabat Kastam Pelabuhan Utara bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 .– Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN