fbpx
Gambar hiasan.

Harga diesel, RON95 turun 15 sen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Harga diesel tanpa subsidi bagi tempoh 5 hingga 11 November dilaporkan turun sebanyak 15 sen iaitu daripada RM5.27 kepada RM5.12.

Kementerian Kewangan berkata, sementara itu, RON95 juga turun sebanyak 15 sen iaitu daripada RM4.42 kepada RM4.27 seliter.

RON97 juga turun sebanyak 20sen daripada RM4.90 kepada RM4.70 seliter.

“Pasaran petroleum serantau menunjukkan tanda penyederhanaan berikutan peningkatan bekalan bahan api bertapis, termasuk stok petrol dan diesel di Singapura yang menjadi antara rujukan pasaran bagi penetapan harga petroleum di Malaysia.

“Perkembangan ini, bersama penurunan harga minyak mentah Brent pada penghujung tempoh pengiraan Mekanisme Harga Automatik (APM) memberi petunjuk kepada kemungkinan tekanan harga yang lebih rendah.

“Bagaimanapun, ketidaktentuan geopolitik di Asia Barat terus memberi risiko kepada kestabilan harga petroleum dunia,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Katanya, dalam keadaan pasaran global yang tidak menentu, kerajaan kekal komited melindungi rakyat dan perniagaan melalui pelaksanaan subsidi bahan api bersasar
Budi Madani.

“Seperti diumumkan dalam Belanjawan 2027, subsidi bahan api dijangka kekal tinggi sekitar RM40 bilion pada tahun hadapan bagi membantu mengurangkan tekanan kos sara hidup.

“Melalui Budi95, penerima yang layak terus menikmati harga RON95 pada RM1.99 seliter berbanding harga tanpa subsidi RM4.27 seliter.

“Ini bermakna kerajaan menanggung subsidi RM2.28 bagi setiap liter, bersamaan 53 peratus daripada harga tanpa subsidi,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN