fbpx
ORANG ramai melawat India Gate di New Delhi pada 3 November 2026. - AFP

New Delhi diselubungi udara bertoksik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NEW DELHI – Kualiti udara di ibu negara India berada pada tahap berbahaya semalam apabila paras pencemaran toksik melonjak lebih 30 kali ganda daripada had harian yang disyorkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Menurut agensi pemantau udara, kemerosotan mendadak itu berlaku hanya tiga hari selepas pihak berkuasa mengetatkan pelbagai sekatan kecemasan, termasuk mengehadkan aliran trafik dan menghentikan kerja-kerja pembinaan, bagi mengekang masalah pencemaran udara yang menyelubungi metropolis berpenduduk lebih 30 juta orang tersebut.

Keadaan udara di bandar raya itu dikhuatiri bertambah buruk menjelang sambutan perayaan Deepavali hujung minggu ini, ekoran aktiviti membakar mercun dan bunga api yang lazimnya memburukkan lagi kualiti udara.

Walaupun Mahkamah Agung India membenarkan penggunaan terhad mercun jenis ‘hijau’ yang direka khusus untuk mengurangkan pelepasan asap, undang-undang sedemikian sering diabaikan oleh orang ramai.

Berdasarkan data Kementerian Alam Sekitar India, pelepasan kenderaan menyumbang 23 peratus daripada pencemaran musim sejuk di Delhi, manakala 20 peratus lagi berpunca daripada pembakaran sisa jerami dan biojisim pertanian. Sektor perindustrian, termasuk stesen janakuasa arang batu, pula menyumbang kira-kira sembilan peratus.

Bagaimanapun, bahagian terbesar iaitu 27 peratus terdiri daripada zarah sekunder yang terhasil akibat tindak balas kimia antara gas pelepasan kenderaan, industri, dan pembakaran di atmosfera.

Pengarang buku alam sekitar The Nitrogen Bomb, Jacob Koshy, menjelaskan bahawa penggunaan baja kimia secara berlebihan di kawasan perladangan sekitar ibu negara turut memburukkan krisis ini.

“Pelepasan gas amonia dalam jumlah yang sangat besar daripada baja pertanian bertindak balas dengan pencemar lain, sekali gus membentuk lapisan asas zarah sekunder di atmosfera,” jelasnya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN