fbpx

Dr. Zakir tidak diekstradisi ke India – Saifuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

 

KUALA LUMPUR – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan kerajaan tidak mengekstradisi pendakwah terkenal, Dr Zakir Naik, ke India.

Menurutnya, keputusan itu dibuat berdasarkan hak Malaysia bawah Artikel 6 Triti Ekstradisi yang ditandatangani bersama Kerajaan India pada 2010 serta peruntukan Akta Ekstradisi 1992.

Beliau berkata, permohonan rasmi ekstradisi daripada Kerajaan India sebelum ini diterima pada 19 Januari 2018, manakala nota diplomatik yang memohon pertimbangan semula diterima pada 29 Mei 2020.

 “Kerajaan Malaysia memutuskan untuk tidak mengekstradisi Dr Zakir Naik ke India.

 “Oleh itu, tiada sebarang komitmen diberikan untuk mengekstradisi beliau,” katanya dalam jawapan bertulis disiarkan di laman web Parlimen.

 Beliau menjawab soalan Datuk Dr Ahmad Marzuk Shaary (PN-Pengkalan Chepa) mengenai status terkini permohonan ekstradisi Dr Zakir oleh Kerajaan India, termasuk tarikh permohonan rasmi terkini diterima.

Ahmad Marzuk turut meminta penjelasan sama ada dokumen dan keterangan yang dikemukakan memenuhi kehendak Akta Ekstradisi 1992 serta perjanjian Malaysia-India, selain sama ada kerajaan memberi sebarang komitmen mengenai ekstradisi pendakwah berkenaan.

Setakat ini, katanya, kerajaan tiada menerima sebarang permohonan ekstradisi baharu daripada India berhubung Dr Zakir.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN