fbpx
Keadaan Tengku Puteri Zainah yang sedang dirawat di ICU ketika ini.

Bekas isteri Najib Tengku Puteri Zainah kritikal, kini dirawat di ICU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Keadaan kesihatan bekas isteri kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar dilaporkan kritikal dan kini sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Gleneagles Ampang.

Perkhabaran duka itu dikongsikan anak sulungnya, Datuk Mohamad Nizar Mohamad Najib menerusi satu hantaran di Facebook hari ini.

Menerusi hantaran tersebut, Nizar memohon orang ramai agar mendoakan kesihatan ibunya yang kini sedang bertarung dengan masalah kesihatan.

“Dengan penuh rasa rendah hati, saya memohon doa daripada seluruh sahabat handai, saudara-mara dan kenalan agar sama-sama mendoakan kesihatan bonda tercinta, Tengku Puteri Zainah yang kini sedang menerima rawatan di ICU.

“Keadaan bonda masih kritikal. Semoga Allah SWT mengangkat segala kesakitan, memberikan kekuatan dan mengurniakan kesembuhan buat bonda,” katanya.

Dalam pada itu, akaun Facebook Najib Razak turut berkongsi hantaran sama selain menitipkan doa agar Tengku Puteri Zainah diberikan kekuatan dan kesembuhan.

“Kami mendoakan agar Allah SWT mengurniakan kekuatan dan ketabahan kepada beliau serta seluruh ahli keluarga dalam menghadapi ujian ini.

“Semoga Allah SWT mengangkat segala kesakitan, mempermudahkan urusan rawatan dan mengurniakan kesembuhan yang terbaik buat beliau,” menurut hantaran itu.

Tengku Puteri Zainah, 65, merupakan ibu kepada tiga anak iaitu Nizar, Putri Norlisa dan Mohd Nazifuddin.

Beliau dilaporkan menerima rawatan di ICU Aras 1, Hospital Gleneagles Ampang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN