PUTRAJAYA – Pendakwah selebriti Da’i Syed tiba di Mahkamah Rayuan di sini sebentar tadi.
Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd. Shaiful, 31, tiba pada pukul 8.55 pagi ditemani isterinya.
Hari ini merupakan pendengaran keputusan rayuan akhir Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd. Shaiful, 31,
Keputusan sama ada rayuan ada Da’i Syed dibenarkan atau ditolak akan ditentukan oleh panel tiga hakim yang diketuai oleh Datuk Azman Abdullah.
Terdahulu pada 14 Februari lalu, selepas 21 hari berada dalam penjara Da’i Syed, yang sedang menjalani hukuman atas kesalahan itu merogol dibebaskan sementara oleh Mahkamah Rayuan di sini.
Sebelum itu, pada 23 Januari lalu, Dae’i Syed diperintah ke penjara Kajang serta-merta selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam mengekalkan hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan atas kesalahan merogol seorang wanita pada tujuh tahun lalu dan selain penangguhan hukuman tidak dibenarkan.
Hakim Mahkamah Tinggi Adlin Abdul Majid memutuskan demikian selepas meneliti hujahan daripada pihak pembelaan dan pendakwaan dalam permohonan rayuan sabitan dan hukuman terhadap Da’i Syed.
Pada 10 Disember 2020, Syed Shah Iqmal didakwa atas pertuduhan merogol mangsa yang berusia 23 tahun di sebuah kondominium di Seksyen 7 di sini pukul 1.35 pagi 11 September 2019, mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan. – KOSMO! ONLINE
















