fbpx
Perbuatan menghina, mengejek dan mencela bentuk fizikal seseorang atau lebih dikenali sebagai body shaming bukan isu remeh. - Janaan AI

Body shaming perlu akta khusus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PERBUATAN menghina, mengejek dan mencela bentuk fizikal seseorang atau lebih dikenali sebagai body shaming bukan isu remeh, sebaliknya satu bentuk gangguan yang boleh memberi kesan serius terhadap kesejahteraan emosi dan mental mangsa.

Perbuatan itu bukan sahaja boleh menyebabkan mangsa mengalami tekanan, kemurungan dan kehilangan keyakinan diri malah berisiko mendorong kepada kecelaruan pemakanan serta kecenderungan menamatkan riwayat diri.

Lebih membimbangkan, gangguan sedemikian boleh berlaku dalam pelbagai bentuk sama ada secara lisan, fizikal, penulisan mahupun melalui platform digital.

Meskipun Malaysia mempunyai beberapa peruntukan undang-undang sedia ada yang boleh digunakan untuk mengambil tindakan terhadap pelaku body shaming termasuk Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, namun pendekatan itu dilihat belum mencukupi untuk menangani keseluruhan bentuk gangguan dan ejekan tersebut.

Susulan itu, pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-Undang Universiti Sains Islam Malaysia, Dr. Muzaffar Syah Mallow berkata, dalam konteks ini, penggubalan akta khusus bagi membendung semua bentuk gangguan itu perlu dipertimbang kerajaan.

“Walaupun negara kita sudah ada beberapa peruntukan kecil terhadap isu body shaming ini, tetapi Malaysia memerlukan juga sebuah peruntukan undang-undang lebih khusus bagi membendung dan menghentikan sebarang jenis gangguan ataupun ejekan termasuk perbuatan body shaming secara berkesan.

“Untuk rekod, pada 2021, negara kita telah merangka undang -undang khusus bagi mengatasi isu gangguan seksual melalui Akta Anti Gangguan Seksual.

“Namun begitu, perlu diingatkan terdapat juga pelbagai jenis gangguan lain yang boleh memberi kesan buruk yang sama dengan gangguan seksual terhadap diri mangsa yang diganggu dan diejek,” katanya kepada Kosmo!.

Mengulas lanjut, katanya, antara gangguan atau ejekan lain yang wujud termasuklah berbentuk fizikal seperti mencubit, menampar, menendang dan meludah.

Jelasnya, terdapat juga gangguan atau ejekan peribadi seperti mengeluarkan kata- kata kesat ataupun perkataan menghina hingga menjatuhkan reputasi dan maruah mangsa.

“Ia juga boleh meliputi salah laku ataupun gangguan menghendap dan mengintip.

“Gangguan jenis ini juga boleh merangkumi perbuatan seperti body shaming yang mana ia melibatkan elemen mencela, mengejek dan menghina mangsa berikutan bentuk atau penampilan fizikal mangsa.

“Undang-undang sedia ada dalam negara kita juga dilihat tidak berupaya dan mencukupi bagi membendung dan menghentikan semua jenis gangguan atau ejekan ini termasuk body shaming,” katanya.

Sehubungan itu katanya, kewujudan akta khusus itu membolehkan mangsa menggunakan saluran undang-undang secara berkesan bagi menuntut sebarang jenis pampasan selain melindungi diri daripada pelbagai jenis gangguan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN