fbpx
Da'i Syed selepas dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan hari ini.

Laporan polis selepas 441 hari, tiada rasa cemas oleh mangsa – Hakim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan hari ini berpendapat, terdapat kekhilafan melampau atau salah arah yang memerlukan campur tangan dalam rayuan membabitkan pendakwah selebriti Da’i Syed untuk mengetepikan sabitan dan hukuman atas pertuduhan merogol tujuh tahun lalu.

Antara isu utama ialah kelewatan mangsa membuat laporan polis yang dibuat mangsa apabila 441 hari dan tiada rasa cemas oleh mangsa selepas kejadian rogol berlaku.

“Mahkamah turut meneliti kelakuan pengadu (mangsa yang juga saksi pendakwaan pertama) sebelum, semasa dan selepas kejadian, termasuk komunikasi antara pengadu dan perayu (Da’i Syed) menerusi aplikasi WhatsApp serta Instagram. Dalam hujahan pembelaan, peguam perayu berhujah anak guamnya tidak pernah menafikan berlaku hubungan seks dengan pengadu, namun menegaskan ia dilakukan atas kerelaan wanita terbabit,” katanya.

Azman berkata, pembelaan berhujah, pengadu mempunyai beberapa peluang untuk meninggalkan perayu atau meminta bantuan, termasuk ketika mereka makan di sebuah restoran selama kira-kira tiga jam.

“Malah, ketika berada di ruang tamu rumah perayu selama kira-kira 30 minit ketika perayu membuat panggilan telefon, pengadu didakwa tidak membalas panggilan serta mesej daripada rakan serumahnya.
selain pengadu tidak menunjukkan sebarang usaha melarikan diri, menjerit meminta bantuan atau mengalami kecederaan fizikal seperti lebam dan kesan kekasaran,” kata Hakim Azman.

Penghakiman lanjut turut menyatakan, pengadu memilih untuk bermalam di rumah perayu sebelum pulang keesokan harinya menggunakan perkhidmatan e-hailing selain rekod komunikasi antara September hingga Disember 2019 menunjukkan pengadu beberapa kali memulakan perbualan, mendapatkan perhatian perayu, memujinya dan mengajak lelaki itu berjumpa lagi.

“Pembelaan berhujah laporan polis hanya dibuat pada 25 November 2020, iaitu 441 hari selepas kejadian, selepas hubungan komunikasi antara mereka semakin renggang dan isu berkenaan mula tular di media sosial,” katanya.

Katanya, bagaimanapun, pihak pendakwaan berhujah kelewatan membuat laporan polis itu sudah dijelaskan menerusi keterangan psikiatri, termasuk keadaan emosi pengadu yang mengalami trauma dan kesukaran memahami proses perundangan.

Hakim Azman menyatakan, mahkamah dalam penghakimannya turut meneliti keadaan kesihatan mental pengadu yang mempunyai sejarah mengalami kemurungan dan menerima rawatan psikiatri.

“Bagaimanapun, mahkamah berpendapat faktor kemurungan atau kenaifan pengadu tidak boleh secara automatik digunakan untuk menafikan kerelaan dalam hubungan seks,” katanya.

Pada masa Azman berkata, elemen utama kesalahan rogol adalah tanpa kerelaan mangsa dan memandangkan perbuatan persetubuhan diakui perayu, isu yang perlu dibuktikan pendakwaan melampaui keraguan munasabah ialah sama ada hubungan seks itu berlaku tanpa kerelaan pengadu.

Terdahulu Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful, 31 dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan di sini hari ini atas pertuduhan merogol seorang wanita pada tujuh tahun lalu.

Keputusan itu dibuat majoriti 2 -1 dengan Hakim Azman yang mengetuai panel dan Datuk Mohd. Radzi Abdul Hamid membenarkan rayuan akhir Da’i Syed selaku perayu manakala Hakim Datuk Meor Hashimi Abdul Hamid menentangnya.

Dengan keputusan majoriti itu, Da’i Syed terlepas daripada hukuman 10 tahun dan tiga sebatan yang diputuskan oleh mahkamah sebelum ini.

Sejurus selepas keputusan tersebut, Da’i Syed yang berada dalam kandang tertuduh dilihat menangis.

Selepas dilepas dan dibebaskan, Hakim Azman menasihatkan agar Da’i Syed
tidak menggunakan populariti untuk mengambil kesempatan terhadap individu yang berada dalam keadaan terdesak

Nasihat itu diberikan Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Azman Abdullah yang mempengerusikan panel tiga hakim selepas membacakan keputusan majoriti 2-1 yang melepas dan membebaskan Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful, 31, atas pertuduhan merogol seorang wanita, tujuh tahun lalu.

“Saya ada nasihat sikit untuk perayu (Syed Shah Iqmal), perbuatan mengambil kesempatan terhadap individu yang terganggu emosinya boleh mencemarkan nama baik golongan yang membawa imej agama.

“Nasihat saya ini bukan sahaja ditujukan kepada kamu, turut ditujukan kepada tenaga pengajar di institusi agama dan sekolah, setiap hari kami menerima banyak kes membabitkan rogol, liwat dan sebagainya yang berlaku di pondok-pondok sekolah oleh tenaga pengajar dan ia memberi imej yang buruk kepada masyarakat,” katanya.

Sujurus selepas mendengar nasihat itu, Da’i Syed dilihat mengangguk tanda faham ketika berada dalam kandang tertuduh.

Azman berkata, dia berharap golongan pendakwah tidak menyalahgunakan kedudukan serta kepercayaan yang diberikan masyarakat khususnya mereka yang membawa prinsip amar makruf nahi mungkar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN