fbpx
Lelaki yang ditahan selepas dipercayai melakukan amalan atau ritual agama bukan Islam. Foto FAIL

Lelaki cetus kontroversi ritual agama didakwa esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Seorang lelaki yang terpalit kontroversi dipercayai melakukan amalan atau ritual agama bukan Islam bakal didakwa esok.

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berkata, pertuduhan terhadap lelaki berusia 21 tahun itu akan dibuat di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Kuang, Rawang.

Katanya, prosiding dijadualkan berlangsung kira-kira pukul 10 pagi.

“Pertuduhan akan dibuat mengikut Seksyen 4 (Pemujaan salah) Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini, hari ini.

Difahamkan Majlis Pengisytiharan Taubat (Istitabah) melibatkan lelaki tersebut juga akan dilaksanakan pada Khamis ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan lelaki tersebut bersama ibunya berusia berusia 52 tahun ditahan selepas hadir di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Kuala Lumpur kira-kira pukul 12 tengah hari pada 13 Oktober lalu.

Tangkapan itu dibuat melalui waran tangkap bersaling yang dikeluarkan oleh Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam dan telah dilaksanakan Jawi.

sebelum ini melaporkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sedang menyelaras tindakan bersama pihak berkuasa agama Islam negeri dan Polis Diraja Malaysia berhubung video tular didakwa memaparkan individu beragama Islam terlibat dalam ritual keagamaan bukan Islam.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr.Sirajuddin Suhaimee berkata, laporan berhubung isu berkenaan turut dikemukakan kepada Jabatan Agama Islam negeri untuk semakan dan siasatan lanjut.

Beliau berkata, penelitian terhadap perlakuan individu yang dikaitkan dengan isu itu akan dilaksanakan pihak berkuasa berdasarkan fakta serta undang-undang yang berkuat kuasa.

Susulan itu juga, JAIS telah memulakan siasatan mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 yang melibatkan kesalahan melakukan perbuatan menunjukkan pemujaan dengan cara menyalahi hukum syarak serta perbuatan menyebabkan agama Islam dipandang hina. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN