fbpx
Gambar Janaan AI

Ramai kahwin umur 27 dan 24 tahun, isi rumah turun 3 orang sahaja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Purata umur perkahwinan pertama meningkat kepada 27.1 tahun bagi lelaki dan 24 tahun bagi wanita.

Dapatan itu terkandung dalam laporan penemuan utama Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Keenam (KPKM-6) yang dilancarkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri pada Persidangan Kependudukan Kebangsaan 2026 (PERKKS 26), di sini hari ini.

Purata saiz isi rumah di Malaysia turun kepada 3.8 orang pada 2024 berbanding empat pada 2014, manakala

Nancy berkata, meskipun purata umur perkahwinan pertama meningkat, hasrat untuk berkeluarga dalam kalangan penduduk masih kukuh apabila lebih separuh daripada 10 penduduk bujang menyatakan hasrat untuk mendirikan rumah tangga.

Bagaimanapun, katanya, ketiadaan calon sesuai menjadi sebab utama mereka belum berkahwin, iaitu 50.6 peratus, diikuti faktor kewangan sebanyak 47.2 peratus.

“Antara sebab utama mereka belum berkahwin ialah tiada calon yang sesuai iaitu 50.6 peratus, diikuti faktor kewangan sebanyak 47.2 peratus,” katanya berucap merasmikan persidangan berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN