fbpx
Gambar hiasan

RM27,332 belanja paling murah jika mahu nikah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Laporan penemuan utama Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Keenam (KPKM-6) mendedahkan purata perbelanjaan minimum perkahwinan meningkat kepada RM27,332 berbanding RM20,047 sedekad lalu yang memperlihatkan keperluan memperkukuh kemahiran pengurusan kewangan.

“Dapatan lain KPKM-6 menunjukkan faktor kewangan antara halangan utama untuk berkahwin. Purata perbelanjaan minimum perkahwinan yang diperlukan meningkat kepada RM27,332 berbanding RM20,047 sedekad lalu. Oleh itu, kemahiran pengurusan kewangan perlu diperkukuhkan,” kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri pada Persidangan Kependudukan Kebangsaan 2026 (PERKKS 26), di sini hari ini.

Nancy berkata, meskipun purata umur perkahwinan pertama meningkat, hasrat untuk berkeluarga dalam kalangan penduduk masih kukuh apabila lebih separuh daripada 10 penduduk bujan menyatakan hasrat untuk mendirikan rumah tangga.

Bagaimanapun, katanya, ketiadaan calon sesuai menjadi sebab utama mereka belum berkahwin, iaitu 50.6 peratus, diikuti faktor kewangan sebanyak 47.2 peratus.

“Antara sebab utama mereka belum berkahwin ialah tiada calon yang sesuai iaitu 50.6 peratus, diikuti faktor kewangan sebanyak 47.2 peratus,” katanya berucap merasmikan persidangan berkenaan.

Beliau berkata, kestabilan kewangan juga menjadi asas penting dalam membina dan mengekalkan kesejahteraan keluarga.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN